KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) yakin bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan kekal stabil dengan tekanan inflasi kekal terkawal.
Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata ia didorong oleh kepelbagaian struktur ekonomi dan dasar meluas yang memberikan daya tahan dan ketangkasan kepada Malaysia untuk mengharungi cabaran global tidak menentu.
Katanya, BNM komited untuk memastikan persekitaran makroekonomi dan kewangan yang stabil dan akan terus memastikan bahawa rangka kerja dasar monetari kekal relevan dan berkesan dalam landskap operasi yang berubah-ubah.
Langkah itu, jelasnya, adalah untuk mewujudkan latar belakang yang kondusif supaya Malaysia boleh menggandakan usaha pembaharuan bagi membina ekonomi yang lebih kukuh pada masa hadapan.
“Dengan kemajuan yang terus dicapai dalam aspek pembaharuan fiskal, sumber tersedia boleh digunakan untuk pelaburan bagi mengukuhkan antara lainnya pembaharuan perlindungan sosial, pendidikan dan infrastruktur penjagaan kesihatan.
“Pembaharuan ini akan menghasilkan pulangan jangka panjang serta menjamin pertumbuhan yang mampan dan inklusif untuk generasi rakyat Malaysia pada masa hadapan,” katanya dalam Laporan Tahunan 2024 BNM yang dikeluarkan hari ini.

Abdul Rasheed berkata, keyakinan terhadap prospek pertumbuhan jangka panjang Malaysia juga meningkat berikutan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan.
Beliau berkata, tumpuan berterusan kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan melalui rasionalisasi subsidi adalah langkah penting dalam mengukuhkan kedudukan fiskal Malaysia.
Menurutnya, selain disiplin fiskal, inisiatif untuk mengukuhkan dasar perindustrian dan daya tahan iklim mengetengahkan keupayaan Malaysia untuk sentiasa membuat pembaharuan serta akan meningkatkan lagi potensi pertumbuhan Malaysia pada masa hadapan.
Sementara itu, antara pencapaian BNM pada 2024 menyaksikan National Fraud Portal dilancarkan untuk meningkatkan keberkesanan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan dengan ketara, sekali gus membolehkan pengesanan wang yang dicuri dengan lebih cepat dan seterusnya meningkatkan prospek wang dikembalikan.
BNM juga mencapai kemajuan yang ketara dalam mengembangkan pembayaran rentas sempadan, termasuk memajukan lagi Projek Nexus, iaitu usaha serantau yang diselaraskan untuk menambah baik kepantasan, kos, ketelusan dan akses kepada pembayaran rentas sempadan.
Dalam usaha memajukan kewangan berasaskan nilai, BNM menerapkan sistem kewangan yang lebih inklusif dan mampan dengan kewangan sosial terus diperluas melalui iTEKAD, program induk bagi membantu usahawan mikro berpendapatan rendah dengan setakat ini, kira-kira 10,000 peserta telah menerima manfaat.
Pada 2024, BNM dan industri kewangan juga berusaha untuk memastikan insurans/takaful perubatan dan
kesihatan (MHIT) swasta adalah mampan dan mampu dimiliki pada jangka panjang,” katanya.
Mengenai Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Abdul Rasheed berkata, Malaysia berpeluang untuk menyumbang secara bermakna pada peringkat serantau dan global.
Beliau berkata, dalam keadaan dunia yang semakin mengalami polarisasi, haluan progresif dan pragmatik ASEAN
menuju integrasi serantau yang lebih tinggi kini terserlah.
Katanya, BNM akan memainkan peranan untuk menerajui inisiatif bagi memajukan kesalinghubungan pembayaran, kewangan yang lestari dan jaringan keselamatan serantau.
Sumber: BH Online