Kartel Beras Kawal Lebih 60 Peratus Daripada Pengeluaran Beras Negara, Berkuasa Tentukan Hala Tuju Industri Padi Negara

Menurut Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, Marzukhi Othman, terdapat empat hingga lima syarikat utama yang terlibat mengawal kilang padi dan pengeluaran benih. Syarikat-syarikat ini juga didakwa memonopoli lebih 60% pengeluaran beras negara. Tambahan pula, kartel ini dikatakan mampu menentukan harga padi, beras dan pembekal benih sehingga ada yang mengetepikan arahan kerajaan.

Pada 16 November 2023 yang lalu, dilaporkan Kira-kira 71,000 pesawah dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan kerugian sehingga RM40 juta semusim jika mereka lewat mengusahakan sawah disebabkan tiada benih padi. Utus

Kawalan oleh kartel beras ini merupakan perkara yang berlarutan setiap tahun dan ia menyebabkan kerugian yang besar kepada negara. Meskipun Tahap Sara Diri (SSL) negara berada pada tahap 70 peratus, penguasaan kartel terhadap industri padi melambatkan proses Malaysia mencapai 100 peratus kadar mampu diri (SSL).

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute