SOLUSI EKONOMI UNGGUL
Memacu ekonomi unggul ke arah Malaysia makmur, maju dan mandiri.
SEU merupakan pertubuhan yang menfokuskan isu- isu ekonomi, perbandaran, pertanian dan alam sekitar serta tidak bermotifkan keuntungan.
Pengenalan
SEU bertujuan untuk menjadi platform dalam menghimpunkan pihak berkepentingan seperti pakar bidang, akademik mahupun industri bagi berkongsi kepakaran, membangun alternatif serta menjadi suara dalam mempengaruhi pembentukan dasar ekonomi yang efektif
001
SEU merupakan pertubuhan yang menfokuskan isu- isu ekonomi, perbandaran, pertanian dan alam sekitar serta tidak bermotifkan keuntungan.
003
Menumpukan isu- isu ekonomi negara dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dan cara mendepani cabaran melalui platform media sosial, artikel, wacana dan sebagainya.
005
SEU turut akan menjalankan penyelidikan bersama badan penyelidikan luar mahupun pihak universiti berkaitan isu- isu terkini ekonomi, perbandaran, pertanian dan alam sekitar.
002
Ditubuhkan pada tahun 2023 dengan tujuan untuk mengetengahkan langkah- langkah penyelesaian dalam hal berkaitan ekonomi bagi memacu negara ke arah Malaysia makmur, maju dan mandiri.
004
SEU bakal menganjurkan seminar, persidangan, dan bengkel untuk memudahkan perkongsian ilmu dan berinteraksi dengan pelbagai pihak termasuk pegawai kerajaan, ahli akademik, usahawan, ahli perniagaan dan sebagainya.
006
SEU menjadi platform dalam menghimpunkan pakar bidang, ahli akademik, pemain industri dan pihak berkepentingan untuk menyumbang idea dalam mendepani isu serta cabaran ekonomi negara.
Matlamat
Mengkaji sektor ekonomi negara bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Memberi ulasan dan pandangan mengenai keadaan ekonomi semasa dan polisi-polisi ekonomi yang dibuat oleh pihak berkaitan.
Menerbit atau mencetak majalah, risalah, rencana, artikel dan seumpamanya yang berkaitan dengan ekonomi perniagaan khususnya ekonomi malaysia untuk manfaat umum.
Membantu atau mewakili ahli di dalam perbincangan berkenaan ekonomi, perdagangan dan lain-lain sama ada di dalam atau di luar negara.
Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan pertubuhan.
Menjalankan penyelidikan dalam bidang ekonomi dan mengadakan latihan untuk memajukan atau mencadangkan kaedah-kaedah tindakan serta prosedur yang dianggap perlu atau berfaedah untuk ekonomi negara.